Thursday, 2 October 2014

SKIM PELABURAN AHLI KWSP
CABARAN PERSARAAN
FAKTA KEHIDUPAN
a) Purata jangka hayat penduduk Malaysia adalah 75 tahun
b) 50% daripada pesara membelanjakan kesemua simpanan KWSP dalam tempoh 5 tahun.
c) Kajian yang dijalankan oleh Pertubuhan  Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun 2007 mendapati rakyat Malaysia mempunyai jangka hayat 75 tahun, rakyat Malaysia dijangka akan menjadi lemah dan tidak akan sihat dalam 8 hingga 10 tshun terakhir hidup mereka
d) Laporan Tahunan KWSP 2012 untuk ahli berumur 54 tahun menunjukkan bahawa :-
 i. Purata simpanan bagi ahli aktif KWSP pada umur 54 tahun adalah RM 158,302.
 ii. Secara purata, ini bersamaan dengan RM 879 sebulan untuk tempoh 15 tahun akan datang.
Sumber :
Htttp://kwsp.gov.my
Laporan Tahunan KWSP 2012
Dengan anggapan anda bersara pada umur 60
MENGAPA MEMPELBAGAIKAN PENDAPATAN PERSARAAN ANDA ADALAH AMAT PENTING ?
Dengan kadar inflasi yang semakin meningkat, jumlah simpanan yang ada tidak akan mendapat menampung 15 tahun selepas tempoh  persaraan anda.
Anda perlu mempelbagaikan sumber pendapatan persaraan supaya :
a) Anda tidak perlu menampung kepada KWSP semata mata;
b) Anda boleh memastikan bahawa anda menerima aliran pendapatan yang berterusan; dan
c) Anda boleh mengurangkan risiko susutan pendapatan dalam jangkamasa pendek.

SKIM PELABURAN AHLI KWSP
Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (SPA KWSP) adalah skim yang membenarkan ahli KWSP untuk melabur 20% daripada jumlah berlebihan dari simpanan yang diperlukan untuk Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
Jumlah minima adalah RM 1,000 dan boleh dipindah selepas 3 bulan daripada tarikh pelaburan akhir, tertakluk kepada ketersediaan dana.

MELABUR DALAM UNIT AMANAH DENGAN CWA
Faedah
●Potensi pulangan lebih tinggi daripada Simpanan dan Akaun Pelaburan Am/Deposit Tetap
●Kepelbagaian simpanan persaraan untuk pengurangan risiko
●Alternatif terbaik untuk pelaburan jangka panjang
●Membina portfolio kukuh yang terdiri daripada dana yang memenangi anugerah dan berpotensi memberi pulangan yang tinggi

SKIM PELABURAN AHLI KWSP
Langkah untuk pelaburan KWSP
1. LANGKAH 1 : Periksa baki Akaun 1
2.LANGKAH 2 : Periksa simpanan asas yang diperlukan
3.LANGKAH 3 : Kira perbezaannya
4.LANGKAH 4 : Jumlah perbezaan didarabjan dengan 20%
5. LANGKAH 5 : Pilih dana anda
* hubungi saya untuk mendapat bantuan kiraan KWSP


PENGIRAAN KRLAYAKAN
Beberapa contoh untuk mengira amaun pelaburan yang dibenarkan :

MENGAKSES AKAUN KWSP DALAM TALIAN ANDA
Menggunakan i-Akaun KWSP, ahli KWSP boleh ;
● Memohon e-Pengeluaran
● Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
● Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
● Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
● Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
● Menyemak log aktibit i-Akaun
● Menyemak aktiviti transaksi KWSP terkini.
* i-Akaun KWSP boleh dimuaturun melalui google store dgn percuma utk pengguna fon android.
**  Sila aktifkan ID dan kata laluan dengan menghubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03 89226000

Sumber dari pamplet CIMB Principal Asset Management Berhad
(Maximise your EPF Savings to its Fullest Potential)






No comments:

Post a Comment